3.

Monday, December 15, 2008

Kedudukan Ilmu

Islam amat menggalakkan umatnya menuntut pengetahuan walau dengan apa jua cara dan keadaan sekalipun. tiada satu agama atau ajaran di dunia ini sejak dahulu hingga sekarang yang dapat menandingi Islam dari segi pengutamaan ilmu pengentahuan.


Hal ini dapat dibuktikan apabila wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasullah s.a.w yang menitikberatkan ilmu pengetahuan. Firman Allah dalam surah al-Alaq ayat 1 - 5 yang bermaksud :
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekelian makhluk). Ia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu amat pemurah. Yang mengajarkan (menulis) dengan pena. Yang mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tiada diketahuinya".

Kesimpulan dari ayat tersebut :
Allah s.w.t menyuruh manusia membaca yang membawa proses pengenalan, pengamatan, pengingatan dan pemikiran (ransangan akal).

Allah s.w.t memerintah manusia supaya berfikir tentang kejadian alam yang mana segala tanda-tanda yang ada pada kejadian alam adalah sumber ilmu pengetahuan.

Ilmu pengetahuan dikatikan dengan Islam kerana Islam adalah agama yang mementingkan ilmu pengetahuan malah Islam mewajibkan supaya umatnya menuntut ilmu.

Antara dalil-dalil yang menekankan kewajipan menuntut ilmu :

a) Sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap umat Islam"
b) sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad".
c) sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China"

Ilmu pengetahuan juga dikaitkan dengan ibadah kerana menuntut ilmu merupakan ibadah yang diber ganjaran oleh Allah s.w.t. Banyak dalil dari al_quran dan hadith yang menceritakan tentang kelebihan menuntut ilmu diantaranya:

a) Firman Allah yang bermaksud : " Barangsiapa yang memudahkan satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah mudahkannya satu jalan menuju ke Syurga".

b) sabda Rasullalah yang bermaksud : " Ilmu itu ibarat gudang dan anak kuncinya adalah pertanyaan, dari itu bertanyalah! sesungguhnya setiap kali ada yang bertanya, ada 4 golongan yang diberi pahala iaitu : yang bertanya, yang ditanya, yang mendengar dan yang mengintai mereka."

c) Sabda Rasullah yang bermaksud : " Sekiranya anda keluar ada waktu pagi untuk memepelajari satu bab dari ilmu adalah lebih baik daripada anada solat 100 rakaat".

d) Firman Allah yang bermaksud :" Diangkat oleh Allah orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat".

0 comments:

Post a Comment

Template by : kendhin x-template.blogspot.com